Saturday, June 18, 2011

ASAL USUL ETNIK COCOS

Suku kaum Cocos adalah salah satu suku kaum yang terdapat di dalam negeri Sabah... Etnik Cocos merupakan suku kaum yang  didatangkan oleh Kerajaan Inggeris ketika negeri Sabah masih didalam penjajahan Inggeris dulu.


Menurut sejarahnya, orang-orang Kokos adalah berasal dari Kepulauan Kokos (Cocos Islands) yang terdapat di kepulauan Krismas terletak di perantaraan Australia dengan Sri Lanka.  Perkataan 'Cocos' atau 'Cocos Island' adalah berasal daripada perkataan 'Coconut Island' yang beerti Pulau Kelapa dan perkataan 'Cocos' adalah berasal dari ringkasan perkataan 'Coconuts' - Cocos.   Pulau tersebut dinamakan Cocos atau Coconut Island adalah disebabkan pulau-pulau yang termasuk di dalam lingkungan kepulauan Cocos ini semuanya dipenuhi dengan tanaman pokok-pokok kelapa.

Sejarahnya bermula kira-kira 150 tahun dahulu iaitu pada tahun 1827, seorang Inggeris keturunan Scots-Scottosh- bernama Captain John Clunies-Ross telah datang ke pulau Jawa yang ketika itu berpusat di Batavia, untuk mencari buruh bagi memetik buah-buah kelapa yang dimilikinya di pulau tersebut.  Kebanyakan pekerja yang dipilihnya adalah terdiri daripada orang-orang yang terdapat di persekitaran Kota Batavia ketika itu yang terdiri daripada orang-orang Jawa, Ambon, Bugis, Madura, Bantan dan sebagainya.  Orang-orang tersebut adalah terdiri daripada orang-orang yang terdapat di kepulauan Nusantara.  Sebaik sahaja pengumpulan orang-orang tersebut dibuat yang tentunya dengan janji-janji yang menggembirakan, maka belayarlah sebuah kapal layar dari pulau Jawa menuju ke pulau Cocos yang letaknya di bahagian lautan pasifik.

Pada tahun 1886, seluruh kepulauan Cocos telah diserahkan kepada milik keluarga ketiga keturunan Clunies-Ross yang ketika itu bernama George Clunies-Ross oleh Queen Victoria, Ratu Mahkota British ketika itu dengan pajakan selama 999 tahun.   Pada tahun 1903, tiga buah pulau tersebut telah diserahkan kepada pentadbiran Inggeris yang berpusat di Singapura, tetapi pentadbiran tersebut telah dipindahkan  ke Pulau Ceylon (Sri Lanka) apabila Singapura telah ditakluki oleh Jepun dalam peperangan dunia kedua.




1 comment: